10 sebab doa TERTOLAK :)

Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan... Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :
1) PERTAMAKamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

2) KEDUAKamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

3) KETIGAKamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4) KEEMPATKamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

5) KELIMAKamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.

6) KEENAMKamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7) KETUJUHKamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8) KELAPANkamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

9) KESEMBILANKamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

10) KESEPULUHKamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.

No comments: